Sunday, 29 January 2012

Saya sayang awak :)

Pukul 1.44 pagi. .

saya tulis ini untuk awak. . :)


Dulu, masa saya pindah sekolah saya langsung tak kenal siapa awak. Kita memang tak kenal antara satu sama lain. Saya mula kenal awak masa kita pergi program hari tu. .yang saya tahu tempat tu kt IKIP TAMAN GELORA. Saya ingat lagi awak menyanyi kat depan kan?? huhu. .lagu Alif Aziz. .ala. .yang sayang. .sayang. .sayang tu. .saya puji suara awak sedap. .dan saya request awak untuk nyanyi satu lagi lagu. .awak jadi segan. .awak tengok saya. .mungkin suara saya kuat sangat kot sampai awak perasan? ehee. .Saya suka dengar awak menyanyi :)


         Masa dekat sekolah awak pendiam, pemalu. . Selalunya kalau kita terserempak kawan-kawan awak selalu mengusik awak. .lepas tu awak jadi malu. . :)


             Tapi kita tak kenal mana sangat masa tu. Cuma dengar lebih kurang pasal awak. Lepas habis sekolah saya couple dengan orang lain. .itu cerita lama. Sebelum saya couple dengan dia. .kita ada mesej. .bila saya couple terus kita dah tak contact antara satu sama lain memandangkan saya sudah jadi milik orang .Saya tak tahu yang awak ada hati kat saya. Lama kelamaan baru saya tahu.


            Setelah sekian lama saya 'menyingle' hati saya dah terbuka untuk awak. Saya makin sukakan awak. Makin hari kita makin rapat. .huhu. .saya nampak keikhlasan awak. Awak sangat pemalu. Tapi suatu hari tu awak beranikan diri call saya. Saya tak sangka itu awak. Masa tu awak main gitar lagu ni. .




            saya ingat lagi. . :)              
         


       Kita tuisyen dekat tempat yang sama. Awak senyap je. .jarang saya dengar suara awak dalam kelas tu. .satu hari tu, saya ada terbaca lirik lagu favourite saya kat atas meja kat tempat tuisyen tu. .saya cari-cari sape lah yang tulis. .rupa-rupanya awak yang duduk kat tempat tu. .ni lagu fave saya masa tu :)





7 things by Miley cyrus :)


           kita x declare nk 'couple'. .tapi lame-lama kita jadi 'couple' secara automatik. .hehe. .saya suka gmbar kita yang ni. .tgk ni. .

at this time we're both are chubby. .a lil bit la. .haha :)






and i LOVE this!


rambut baru awak ;)


2 mac 2011 awak hadiahkan saya cincin ni. .saya suka sangat :)





           terima kasih awak :)






Awak hadiahkan saya rantai ni masa hari jadi saya. .awak sweet sangat. .terima kasih. .sayang awak :) 




our heart :)
     
      Sayang saya sekarang ni belajar kt KLMU. .he loves to cook. .dia ambil kulinary art. .i hope he can be a FAMOUS and a good chef one day! insyaAllah. .ni pic awak yang paling saya suka ;)



potong ape tu sayang?? ehee ;)



                   Sayang. .saya teringin sangat nak rasa masakan awak. .dari dulu lagi. .saya tak kisah awak nak masak apa untuk saya. .janji saya dapat rasa masakan awak  :) Awak maafkan saya jika saya selalu sakiti hati awak. .saya minta maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau pun perbuatan saya yang buat awak kurang selesa. .Awak memang pandai memujuk. .tapi awak susah untuk pujuk saya walhal awak tahu saya suka dipujuk. .maafkan saya jika saya terlalu mengada-ngada. . :')
  

                  9 August: birthday awak. .saya tak tahu nak bagi apa kt awak sedangkan awak jauh dari saya. .nak jumpa pun susah. .jadi saya buat keputusan bagi benda ni kat awak. .saya tak mampu nak bagi benda lain. .cuma ni yang saya mampu :)



tadaa! cupcake utk si kacak saya. .awak ckp sedap. .saya tersenyum je dengar awak ckp mcm tu. .hehe :)


        Saya seorang yang setia. .jadi awak jangan la risau. .tak ada laki lain dalam hati saya kecuali awak. . :)
bukan laki lain yang saya cari. .bukan laki lain yang saya pandang. .bukan laki lain yang saya nak hidup. .cukuplah saya dah ada awak. .awak cukup sempurna buat saya. .awak la pengubat hati saya. .masa susah dan senang. .masa sedih dan gembira. .saya tenang bila ada dengan awak. .saya suka tengok awak. .tapi saya takut nak tenung mata awak lama-lama. .mata awak 'mengancam'. .hehe ;) saya suka cara awak gelak. .saya rindu nak dengar gelak tawa awak :') saya tahu sayang saya ada rupa. .awak menarik perhatian saya. .selama ni saya tak pernah curang dengan awak walaupun awak jauh dari saya. .percayalah sayang. .awak. .maafkan saya kalau saya dah buat salah dengan awak. . :')


  Satu-satunya lelaki yang saya akan kahwini cuma awak. .sebab saya pernah ada niat untuk kahwin dengan awak. .sama juga awak. .awak ingat kita pernah bincang pasal ni?? mungkin kita masih muda. .tapi tidak salah kalau merancang awal-awal kan? tidak salah bercinta jika kita ada niat untuk jadikannya sebagai isteri/suami tapi mesti dengan cara yang betul. :)


saya ingat lagi hadis ni. .awak pernah bagi tahu saya :)


Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)



saya bukan perempuan yang sempurna. .tapi saya akan cuba utk jadi yang terbaik. .saya cuma seorang yang bersederhana. . :)


Jodoh di tangan Allah. .tapi kita harus berusaha mencarinya. .jika awak bukan jodoh saya, maka saya redha. .jika sayalah tulang rusuk awak. .saya minta tuhan tolong tunjukkan petanda bahawa awaklah jodoh saya. .saya akan jadi pasangan yg terbaik buat awak dan saya akan cuba bahagiakan awak. .insyaAllah :) tengok pic kat bawah ni. .sweet kan?? ;)


cantik kan k.stew?? ncem kan rob?? hehe. .kalau saya kawen nanti. .i wanna look 'stunning' like her. .(perasan) ;)



sweet sgt dia orang ni. .i hope they will get marry as soon as possible :)
     

love this moment!


     kenapa saya letak banyak pic dia orang?? sebab saya suka Twilight. .ingat lagi tak kita pernah tengok wayang sama-sama kat Times square?? kita tgk cerita 'Twilight breaking dawn part I'. .saya seronok sangat dapat keluar dengan awak. .saya harap awak masih simpan tiket wayang tu :)


      Kalau boleh. .biarlah jodoh kita berpanjangan hingga ke tua. .macam-macam saya nak buat dengan awak. .bergurau dengan awak. .menangis dengan awak. .bercerita dengan awak. .melancong dengan awak. .layan kerenah awak :)tgk bawah ni. .


walaupun dyorang dah tua. .tapi dyorang sweet sangat. .hehe ;)

    sayang. .walaupun kita selalu bergaduh. .saya nak awak tahu yang saya tak pernah bencikan awak. .tapi saya makin sayangkan awak. .kalau boleh saya nak semua orang tahu yang saya sayangkan awak sorang je. .saya tahu awak sayangkan saya. .awak perlukan saya sama macam saya perlukan awak walaupun masing-masing ego dan tak mahu mengalah. . :)


 kepada sayang saya. .MUHAMMAD SAFRI BIN ZAKARIA. .dengarlah luahan hati seorang insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan ni. .

sayang. .noe sayang sangat-sangat kat sayang. .
      . .noe cintakan ayie sepenuh hati noe sayang 
      . .I LOVE YOU SO MUCH 
      . .I MISS YOU A LOT  
ingatlah. .perkataan ni lah yang selalu keluar dari mulut saya. .awak. .jangan lupakan saya tau :)

      . .you're the most sweetest guy i've ever met for the rest of my life :)

i'll never forget your birthday, our anniversary, and our sweet moments together :)
sayang. .terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup noe :)








''i have died everyday waiting for you. .darling dont be afraid i've love you for a thousand years. .i love you for a thousand more :')

this little cutey!

     


     Jalan-jalan dekat PTAR 1. .atau lebih dikenali sebagai (Perpustakaan Tun Abdul Razak I)tiba-tiba aku ternampak benda comel ni. .lalu aku beli. .Dalam tu ada inti blueberry. .ni haa. .pic dia. .sowwwww cute. .tak mahal la. .RM2 je. .yummy! :)


                 mini polka dots apam :)

Saturday, 28 January 2012

kawad! kawad! kawad!

        Since sekolah menengah lagi aku dah lali dengan kawad ni. Tak sangka masuk universiti ni kena jugak kawad. .adoihhh!! selamat tak lupa step kawad sume. .whewwwww. .BTW im KESATRIA NEGARA .wanna know what is it?? aku tak ingat dah ape. .tapi lebih kurang macam tentera darat la. . =.=' haha. . Kadet polis dengan tentera darat tak ada beza. .just langkah je yang tertukar. .xpe. .i can get used to it.

               Well, at least terubat rindu aku nak kawad. .Dulu masa aku join skuad elit kuantan aku selalu berulang alik tiap-tiap minggu pergi latihan dengan member baik aku kat IPD kuantan. .Aku terpilih untuk mewakili peserta kem kor kadet polis peringkat KEBANGSAAN kat Pulau Penang. Masa tu aku form 3.
         
              Aku terpilih untuk join kawad. .tgk ni. .ni contoh pic diaorang masa kem sebelum ke pulau pinang  tu. .aku tak dapat join jugak.aihhhh. .masa tu ada hal :(





 
             i took it from my fren. .afzan amira. .act. im steal it. haha :D
                     



           Yang pakai green khakis tu la ketua komandan aku . i miss you cik leen. .walaupun garang tp cik leen yg ajar aku smpai pandai :'( .In addition, aku terpilih mewakili penembak tepat pahang untuk ke peringkat kebangsaan. .aku pegang jersi nombor 11. .hehe. . ;) benda ni lah yang aku pegang masa latihan hari tu. Bukan pakai peluru kapur, tapi peluru hidup. .wahhhhh. .aku tembak kau sat gi kalau ade yang berani kacau hidup aku. .haha :D





                           M-16



              TAPI SAYANG. . .aku terpaksa tarik diri sminggu sebelum kem tu. .ada emergency kes. .kecewa sangat. .Baju seragam aku dah siap tempah. .dah ada nama kat belakang baju tu. .sijil tu dah la berharga. .susah nak dapat :'(

                TAPI TAK MENGAPA. .aku akan cuba buat yang terbaik untuk KESATRIA kali ni. .kesat pun kesat lah. .aku akan berusaha untuk jadi komandan KESATRIA NEGARA untuk sem depan. .oww yeah!! haha. .(semangat =.=) . .kalau boleh aku nak jadi ahli kawalan kehormatan. .pegang pedang, atau rifle M-16. .mana-mana pun boleh. .thanks for viewing. .assalamualaaikum ;D

PENCINTA KAMU

    



Kita punya hati dan akal untuk menilai sejauh mana sekuat nalurinya untuk menakluk hati kita.



Kita punyai jiwa yang ada rasa untuk menjarakkan perbezaan palsu dan keaslian hati.. Mungkin kita salah di dalam menilai, dan kita telah kehilanganya..

Mengaku sahaja kamu telah membiarkan seseorang yang amat menyintaimu itu telah pergi.. Setelah semakin lama semaki terhakis rasa di hati, membuatnya si dia mulai rasa pudar..

Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.. Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.. Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.. Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu..
Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari sesorang.. Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai..
Dan kadang kita bodoh dengan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita..
Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.. Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.. Dan bagi aku, rasa itu akan pudar dan hilang di mamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya..

Orang yang menyintaimu akan selalu berada bersama kamu walau bagaimana caranya.. Jika kamu di dalam kesunyian yang panjang, si dia akan segera bersamamu menemanimu.. Si dia takkan berfikir panjang untuk meluangkan masa denganmu.. Hanya sekeping sms kepadanya, cepat si dia akan return call dan berborak denganmu.. Si dia akan melayan karenahmu hanya untuk memastikan kamu tidak sunyi, sepi, boring, bosan dan sebagainya..

Apabila kamu dalam kesedihan dan terasa amat memerlukan seseorang.. Dia akan selalu ada.. Dia akan sama sama menyelami perasaanmu.. Hadirnya bukan saja membuatkan kamu terasa hilang kesedihan malah kamu akan menjadi happy.. Kadang dia jua akan menanggis bersama kamu.. Orang yang mencintaimu jua akan menyayangimu.. Itulah dia, selalu ada tika dalam kesedihan..

Kadang orang yang menyintaimu, melakukan beberapa perkara yang agak sentiasa menghubungi kamu.. Sebagai contoh, si dia akan sms berkali kali.. Akan call kamu walau kamu tidak menjawapnya.. Tanpa ada rasa jemu dan lelah, dia akan selalu mengucapkan selamat pagi, bertanya sudah lunch good night dan sebagainya.. Kadang sehari mungkin berkali kali call dan beratus ratus sms.. Kadang melalui YM, chat Fb atau sebagainya.. Semua perkara dia nak tahu.. Memang merimaskan..

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.. 

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bias berulang selalu..

Dan orang menyintai kamu tidak akan mengungkit atas apa yang telah dia lakukan selama ini.. Kadang dia emosi mungkin si dia dalam merajuk atau marah pada kamu..

Walau kamu sudah mempunyai teman istimewa, orang yang menyintai kamu tidak pernah ambil peduli.. Baginya selagi kamu belum sah di akad nikah, selagi itu dia akan bersungguh sungguh merebut untuk bertahta di hati kamu.. Baginya kamu tetap bahagia dan selalu di hatinya..

Si dia akan membuat pelbagal alasan untuk bertemu denganmu.. Kadang alasannya tidak munasabah.. Sanggup si dia akan menunggu kamu di depan rumahmu.. Jika jauh dia sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit asalkan dapat bertemu kamu.. Dan pada masa hendak pulang, kamu perasan atau tidak, hatinya sedih kerana akan berpisah.. Dan kadang si dia selalu ucapkan terima kasih sudi luangkan masa dan bertanya tarikh seterusnya untuk bersua lagi.. 
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kamu akan mengetahui dia adalah cinta yang tidak pernah kamu sedari..

Itulah kita, telah hilang mata yang sudi memandang.. Hati yang sudi dikongsi.. Suka dan duka, dan berjanji sumpah setia untuk hidup hingga tutup mata setelah menjadi halal pada hubungan :)

PENGIKUT SEJUK SAYA

RIOT!