Thursday, 9 February 2012

Pulun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

   Pagi yang relax, tanpa breakfast macam biasa aku pegi kelas. Terlupa! (tepuk dahi) yang hari ni hari untuk course aku proceed PTPTN, ''arghhhhhhhhhh. .macam mana boleh tertinggal kat hostel ni??'' Tapi aku dah prepare semuanya awal-awal lagi. guess what?? ada benda yang tak lengkap, salinan i/c yang tak cop dan maklumat peribadi yang aku lupa nak print.


   Aku ambil Rengit yang free plus ber-aircond tu dengan harapan nak pergi Anggerik, tapi tak turun sebab si peah cakap wajib cop semua benda alah tu kat department.Tawaf satu campus untuk ke fakulti, turun Seroja panjat bukit sejauh 1km untuk dapatkan cop, and suddenly aku baru teringat surat tawaran aku tertinggal kat hostel.


 Macam ni lah rasanya: 


                                         hambek double!


   Aku dengan eiyka pinjam viva kak ana pergi Anggerik, semata-mata nak hantar form tu (aku drive). Dengan berhemahnya aku pasang seatbelt then pandu viva tu dengan berhati-hati tapi laju. #gila! thanks kak ana :)
   
   First time kot aku buat kerja gila dalam keadaan terdesak tanpa pedulikan keadaan sekeliling. Ibaratkan ''kopi tumpah atas keypad blackberry tapi tangan masih menaip mesej''. dipetik dari:keyna :)


Masalah datang. .
   Eiyka, una & dee punya form tak lengkap, aku pulak lupa nak print maklumat peribadi. Pergi seroja balik kehulu kehilir dengan muka 'buat-buat busy'. Alhamdulillah, thanks Allah! urusan kami selesai satu persatu.Thanks mak yang bersusah payah belikan aku printer HP baru-baru ni untuk permudahkan segala urusan aku, assignment, etc. Memang susah sangat kalau tak ada benda tu. #relieve.

Skip kelas BEL. .
   Hantar viva kak ana kat dept lepas habis kelas BEL. Hujan lebat gila, & ramai yang tak datang kelas termasuk aku gara-gara PTPTN (loan shark) tu punya hal. Madam dah faham, so, kedatangan dikira kosong jugak. Suruh Tiqah pegang folder aku tu then tunggu aku datang Anggerik. Malangnya, tiqah dah balik Seroja. Dalam hati macam nak sumpah seranah bagai. Tapi tak ada guna benda dah nak jadi, nasiblah aku ni jenis yang penyabar jugak. 

  Aku sekadar peneman dorang. Muka tersenyum, dalam hati tak ada siapa yang tahu. ''Ya Allah. .kalau inilah dugaan dari mu, maka engkau kuatkanlah aku''. Dengan hanya berseliper jepun aku berambus dari dewan Anggerik follow dyorang makan kat seksyen 7. #siot

   Sangat annoying bila anda dah tolong kawan semua dan cuma anda punya saja yang tak sempat hantar. Akhir-akhir ni aku banyak masalah, dan aku harap ada yang sudi bantu aku, tolong ringankan beban aku. Sekurang-kurangnya bagi semangat kat aku pun dah cukup. Assignment aku ada banyak yang nak kena submit, final exam 12 mac, tak lama lagi. Birthday aku masa study week. Aku tak celebrate, tapi aku kena study, nasiblah kalau masa tu aku kena baling tepung kan?? rezeki. .buat jemput cicah makan dengan teh'o panas. fuhhhhhh. .sedap! 


   Aku tak tunjuk reaksi sedih aku bila depan kawan-kawan. (malu) so, aku hanya mampu buat tak tahu serta kosongkan fikiran aku dengan layan lagu-lagu kegemaran aku dan belajar untuk melupakan sesuatu. 


*Selemah-lemah manusia adalah manusia yang sering berputus asa tanpa berusaha. 
                         
Doa permudahkan urusan:
                                                   

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki

Amalkan doa ni & jadilah manusia yang penyabar apabila ditimpa musibah dan bukannya cepat melenting. Sesungguhnya Allah s.w.t tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu ditanggung olehnya. 


 keyna 

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT SEJUK SAYA

RIOT!