Friday, 24 February 2012

WHAT GOES AROUND COMES AROUND

  Menangis bukan bermakna kita lemah. Tapi tu lah satu-satunya terapi untuk hati. Percayalah, lepas menangis kita rasa lega sangat. Jangan tahan perasaan tu sebab makin kita tahan makin seksa. Setuju??  .
tengok ni:


1. Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata dapat mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina ukhwah

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

owh! patutlah :)

(copied from suara hati)

 
   Cara aku, aku takkan menangis depan orang. Aku malu, lebih baik forever alone, heheh. Bukan senang nak tengok aku menangis.Bagi aku, bukan mudah untuk memenuhi kehendak manusia terutamanya LELAKI. Kadang-kadang kita rasa dah cukup apa yang kita bagi untuk dia tapi bagi dia masih belum cukup. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Manusia tak lari dari buat salah tapi belajarlah untuk menerima. Kesalahaan yang kecil tak perlulah diperbesarkan. Macam mana nak berhadapan masalah yang lebih besar kalau hal yang kecil tak dapat nak selesaikan??. Hati perempuan lembut sangat. Sekeras-keras mana pun perempuan tu akan menangis jugak kalau dah tak tahan sangat.


                     
                      thanks kawan, aku cuba jadi diri aku yang dulu balik. 'siri'?? haha
                                                     typing error la farah sayang ;)

                                        Thanks kecek sbb retweet aku. hehe :)



   Aku bukan jenis yang senang bertolak ansur bila bercinta, aku ego sangat, susah nak mengalah. Aku  tak pernah bagi muka dengan lelaki. Sebab tu aku tak pernah 'couple' dulu masa zaman sekolah. Sebab aku takut tengok kawan-kawan aku yang selalu dikecewakan. Tapi aku degil nak merasa macam mana menyayangi dan disayangi macam orang lain. :) Aku dah pilih macam tu, dan aku takkan menyesal dengan apa yang aku pilih. Aku dah penat dilayan macam ni dan aku takkan selalu tunduk dengan ego lelaki. 


   Thanks kawan yang selalu teman aku sampai pagi. Ada yang bagi semangat sebab dia perasan perubahan aku. Badan aku makin kurus, dah 7 hari aku insomnia. Tak boleh tido malam. Makan tu berselera, cuma tak teratur jela. Lepas aku fikir-fikir balik, patut ke aku yang mintak maaf?? patut ke aku terus lembik macam ni?? Aku cuba kuatkan semangat. Aku tak akan lupa kata-kata yang dia cakap kat aku. Maaf kalau selama ni aku lah punca dia keluarkan perkataan tu. Aku tak pernah langsung sebut benda tu. Dan tak akan pernah. Maafkan dia?? Satu masa nanti insyaAllah aku akan maafkan dia. 


   Aku terpaksa buat macam ni, sebab aku dah tak nak sakitkan hati dia lagi. Kalau ada jodoh, adalah. Sekarang aku cuma nak fikir pasal masa depan aku. Kalau aku dah dapat continue degree kat UiTM Seri Iskandar, Perak tu bermakna cita-cita aku bakal tercapai. InsyaAllah. ''UiTM di hatiku''

Disamping tu, aku nak selit sikit blog yang selalu aku lawat , my best friend dari kecik. Entri dia suma padat-padat. Berikan tepukan kepada tuan blog cik Farah sebab pandai menulis blog ;) 



http://inifalapunyebloq.blogspot.com/2011/12/kadang2.html 

http://inifalapunyebloq.blogspot.com/2011/10/jauhkah-kita.html


''-treat the woman like it is the first day they met.. ok.. skang ni laki, tahun pertama kapel je sanggup wat itu ini utk gf.. pastu.. mcm2 alasan kua.. betolla lelaki maken lame maken ilang charming diorang.. tp x semua. ada yg maken lame maken syg..kan syg? muehehe..'' by:Farah Waheeda


keyna



No comments:

Post a Comment

PENGIKUT SEJUK SAYA

RIOT!